Thursday, March 12, 2015

Disebalik kanan dan kiri

Kanan dan kiri adalah pasangan yang jika terpisah tak akan sempurna. Walaupun ironinya kita mengetahui yang kiri itu lazimnya watak antogonis berbanding yang kiri yang sebaliknya. Namun, kita tidak mungkin bisa melenyapkan si kiri.

Kiri dan kanan wujud dimana-mana samada zahir mahupun batin. Itulah dunia. Itulah kita. Ia berpasangan tampak sempurna tetapi tidak sempurna. Bertepatan dengan dunia dan kita sendiri yang tidak sempurna.

Manusia perlu mengusai watak kiri dan kanan. Jika beliau mahu menjadi seorang yang begitu sukses dalam kehidupannya.
Jika kiri itu dibangsakan sabagai watak jahat dan yang kanan itu sebagai watak baik. Manusia perlu mengusainya dengan cara menyangkal setiap kejahatan dan mendokong setiap kebaikan.

Mereka yakni kiri dan kanan itu hidup walapun zahirnya mereka tidak bernyawa dan tiada jauharnya kelihatan. Kita diilham sukma kebaikan dan kejahatan. Maka beruntunglah orang yang menyucikannya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya.

Wednesday, February 25, 2015

Disebalik kemarahan manusia

Buat pertama kalinya aku mengukir kata-kata di blog ini. Aku sadar akan kesalaahanku. Aku amat menyesali akan perbuatanku yang melukakan hati orang lain. Lalu orang itu mencemuhku dan melemparkan kata-kata kesat kepadaku. Aku hanya bertenang dan cuba juga itu mengajaknya kembali bertenang. Kerana asal manusia adalah tenang dan damai. Nyata pesanan  ayahku begitu meresap dalam tubuhku.

Ayahku pernah berpesan jika kita menghadapi dengan orang yang sedang marah. Dia umpama api. Api yang sedang marak membakar. Rakus untuk menyambar apa sahaja untuk memuaskan amukannya. Kalau kita bertindak sebagai api juga, maka maraklah api tersebut dan makin melaratlah kebinasaaan sekeliling dan mungkin tiada harapan untuk pulih pada sedia kala.

Ayahku mengajar untuk jadi air bila bertemu dengan manusia yang sedang marah seakan api yang membakar. Bila air bertemu api, lama-kelamaan api akan lemah dan mungkin dengan izin Allah akan padam jua. Api alah dengan air.

Hati dan benakku terfikir apabila Allah menghantar manusia untuk memarahiku kerana kesalaahanku. Adakah itu teguran "direct" dari Allah dalam "bahasa" manusia? Kadangkala aku tak menyangka seorang manusia yang zahirnya nampak baik budi perkerti bisa menhemburkan kata-kata yang tidak patut disampaikan oleh orang sebaik beliau.

Maka benarlah firman Allah, hati manusia yang  berbolak balik. Kita memohon kepada Allah agar hati kita sentiasa utuh terhadap akidah yang satu. Itu yang paling utama.

Sesungguhnya,  perjalanana hidup ini amat berduri dan berliku. Aku tidak menempuhi jalan yang mudah.  Mungkin ini akan mengajarku agar sentiasa mengubah dan memperbaiki sifat-sifat keji dalam diri.
Aku bersyukur pada Allah maha kuasa.

Aku berharap, orang-orang yang sekelilingku yang pernah berinteraksi dengan aku atau tidak menemui jalan bahagia masing-masing. Aku amat berharap mereka tidak mengingati kesalahanku pada mereka dan menerimanya kekhilafan yang ada pada setiap manusia yang lemah.

Disebalik kemarahan manusia yang amat marah bila haknya dihina atau dipersenda.
Bagaimana dengan Allah bila hak-Nya kita abaikan? Hak Allah kepada kita sebagai hamba-Nya menuntut kita agar sentiasa mengingati-Nya dan patuh segala arahan-Nya. Begitulah disebalik apa yang berlaku.
Terima kasih Allah.